Punca Anak Kerap Sakit
Anak-anak kerap sakit mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah, Masalah Sistem Imun, Sindrom Pusat Jagaan dan juga Jangkitan Yang Kerap.
1. Sindrom Pusat Jagaan - Sebagai ibu bapa, memang saya dan
suami sendiri kadang-kadang tu rasa kecewa dan buntu bila anak asyik
sakit. Yelah, risau kan. Tapi sebenarnya adalah perkara biasa kalau
kanak-kanak selalu sakit demam, batuk dan selsema yang biasa. Secara purata, kanak-kanak akan mendapat 6-8 jangkitan saluran pernafasan dan 2 atau 3 jangkitan gastrointestinal setiap tahun. Kanak-kanak yang bersekolah ataupun yang ditinggalkan di pusat jagaan mungkin akan terkena jangkitan dengan lebih kerap lagi. Ini di panggil Sindrom Pusat Jagaan.
Semakin kanak-kanak membesar, sistem imunnya akan menjadi lebih kuat
dan imuniti terhadap jangkitan biasa sudah terbina dalam badan. Jadi,
kekerapan untuk jatuh sakit berkurangan.
2. Memasukkan Tangan Dan Objek Tidak Dibasuh Ke Dalam Mulut - Untuk
memahami mengapa kanak-kanak selalu mendapat jangkitan dan seterusnya
selalu sakit, kita perlu faham bagaimana jangkitan disebarkan. Kecuali
pemindahan darah, kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan
disebabkan mereka selalu menyentuh pelbagai objek di sekeliling mereka
dan seterusnya tanpa membasuh, memasukkan pula tangan ataupun objek ke
dalam mulut mereka. Malah, kanak-kanak yang masih kecil seperti bayi
mungkin masih belum dapat membina sistem imun yang kuat untuk menentang
jangkitan yang biasa berlaku ni.
Cara Elakkan Jangkitan
1. Amalan Membasuh Tangan Dan Menjaga Kebersihan - Untuk
mengelakkan jangkitan, kita perlulah mengajar anak-anak dan pengasuh
pusat jagaan untuk mengamalkan membasuh tangan, terutamanya setelah
menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan. Permainan dan
objek yang selalu dipegang oleh anak-anak juga perlulah selalu dibasuh
termasuklah semua permukaan seperti lantai. Tisu yang digunakan untuk
mengelap juga perlulah terus dibuang ke dalam tong sampah.
2. Elakkan Mendekati Orang Sakit - Selain itu, antara tip yang
mudah dibuat untuk mengelakkan jangkitan ialah, mengelakkan anak-anak
daripada mendekati orang yang sedang sakit. Pastikan pusat jagaan anak
mempunyai polisi yang ketat seperti tidak membenarkan kanak-kanak yang
dijangkiti penyakit berjangkit daripada datang ke sekolah. Ini kerana,
kebanyakan penyakit mudah menjangkiti kanak-kanak lain 1 atau 2 hari
sebelum kanak-kanak yang sakit tersebut mendapat simptom penyakit yang
jelas. Jadi, apabila dia tetap datang ke sekolah atau pusat jagaan
sebaik sahaj dia mula sakit, kemungkinan dia telah menjangkitkan
penyakit kepada kanak-kanak lain yang mendekatinya.
Punca Jangkitan
1. Jangkitan Oleh Virus, Bakteria, Parasit Dan Sistem Imun Yang Lemah -
Jangkitan adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit dan anak
mudah mendapat jangkitan daripada salah satu ejen ini sekiranya anak
masih belum imun dan mendekati orang yang sudah terkena jangkitan.
Sesetengah jangkitan memerlukan hubungan terus untuk menyebabkannya
dijangkiti contohnya impetigo, scabies, kutu, chickenpox, kurap, cold
sores dan pinkeye. Amalan membasuh tangan yang kerap dan memastikan
bahagian yang dijangkiti ditutup atau dilindungi dapat membantu
mengelakkan penyebaran penyakit-penyakit tersebut.
2. Jangkitan Melalui Titisan Air Di Udara - Jangkitan melalui
saluran pernafasan dapat disebarkan melalui titisan air seperti
jangkitan daripada paru-paru, hidung dan mulut seseorang. Titisan air
ini dapat menjangkiti secara langsung terhadap seseorang ataupun
melekat pada sesuatu permukaan yang akan disentuh oleh orang lain.
Sekiranya orang tersebut menyentuh mata dan mulutnya, seterusnya dia
juga akan dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan oleh titisan
respiratori termasuklah selsema, chichkenpox, pertussis, pneumonia,
demam selsema dan lain-lain jangkitan viral. Amalan memakai topeng
mulut dan hidung sangat bagus untuk mengelakkan jangkitan melalui udara
ini.
3. Pencemaran Najis Pada Makanan - Jangkitan juga boleh
disebarkan melalui pencemaran oleh najis ke atas makanan yang dimakan
yang mana selalunya berlaku apabila seseorang tersentuh najis yang
mempunyai penyakit dan makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Tangan boleh dicemari oleh najis setelah sesi menukar lampin anak.
Partikel penyakit akan memasuki mulut dan menyebabkan jangkitan
antaranya cirit-birit, cacing gelang dan hepatitis A.
4. Terdedah Kepada Darah Tercemar - Yang akhir sekali, jangkitan
juga boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada darah yang telah
dijangkiti dengan penyakit HIV, Hepatitis B atau C ataupun
Cytomegalovirus
Cara Mengatasi Jangkitan
1. Amalan Kebersihan - Tidak dinafikan amalan kebersihan adalah
faktor utama yang sangat perlu dititiberatkan dalam kehidupan seharian.
Amalan kebersihan seperti membasuh tangan, adalah perkara asas utama
yang tidak boleh diambil remeh oleh setiap orang. Selain itu, mempunyai
sisem daya tahan badan yang kuat untuk melawan penyakit juga adalah
sangat penting dalam mencegah jangkitan penyakit ataupun mengelakkan
terkena jangkitan dengan lebih teruk.

2. Pengambilan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan - Sebagai
ibubapa, antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan
anak-anak tersayang adalah dengan memberikan makanan tambahan,
supplement ataupun vitamin kepada anak-anak. Ini kerana pengambilan
vitamin dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imun anak ke
tahap yang lebih optimum. Shaklee menyediakan rangkaian vitamin
terbaik yang disyorkan untuk anak-anak antaranya ialah Meal Shakes
Shaklee, Omega Guard Shaklee, Chewable Vitamin C Shaklee, Nutriferon
Shaklee, Vita-Lea for Children (Chewable) dan Lecithin. Setiap vitamin memberikan manfaat yang sangat baik untuk kesihatan anak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan setiap vitamin, jangan lupa baca di entry akan datang! ;)
3. Amalan Gaya Hidup Sihat - Amalan gaya hidup sihat seperti
bersukan, memakan makanan seimbang berkhasiat, banyak minum air dan
sebagainya juga dapat membantu menguatkan sistem imun anak dan
mengurangkan risiko terkena jangkitan terhadap penyakit.
Anak yang sihat, akan lebih ceria dan bijak. Ibu juga gembira!
Hubungi saya untuk tawaran istimewa harga untuk anda hari
ini!!! Hani
call/msj/wasap 013 7196630
Sebagai customer,
anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE
GROUP FB untuk customer
Shaklee adalah
supplemen yang dipercayai lebih 50
tahun, ianya semulajadi, terbukti
selamat & berkesan.
” Ingin
menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli
Shaklee? Hubungi saya. Hanya
buat bisnes secara online,ataupun offline mengikut keselesaan
anda.Anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil
pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke
Exclusive Group di Facebook