Tuesday, December 17, 2013

7 Adab & Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
(Surah As-Syura ayat 49 dan 50)

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat, antaranya:

1. Menunjukkan Rasa Gembira dan Ucapan Tahniah

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.

Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: 
“Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

2. Azan Serta Qamat Sejurus Selepas Kelahiran

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” 
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

3. Hendaklah Di Tahnikkan

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: 
“Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

4. Mencukur Rambut

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda:
“Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”
Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan pancaindera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

5. Memberikan Nama Anak

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 

6. Melakukan Akikah

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: 
“Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.



7. Khitan / Sunat

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Haruskah saya beli walker bantu berjalan untuk bayi saya?


Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari - risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. 

Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. 

Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. 

Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. (Baca tip-tip tentang memastikan rumah anda selamat untuk bayi.

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarapmerangkakduduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. 

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan. 

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. 


Disemak oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, sekarang ahli konsultan pediatrik di klinik swasta di Lembah Klang 

BERNIAGA ONLINE


-------

Kenapa kita patut menjadikan business online
sebagai pilihan altenatif kepada perniagaan
ofline yang kita ada sekarang?

Ini kerana perniagaan online tidak terbatas kepada
kekangan √ masa, √ lokasi dan √ mudah di urus
kerana ianya flaxible.

Kekadang kita sedang makan/ tidur pun
ada pelanggang buat bayaran. Tahu-tahu
ada alert email sahaja.

WOW!

-------

Terdapat 1001 peluang perniagaan secara
online. Tinggal kita pilih dan belajar sahaja.

Langkah
1. Pilih mengikut passion/kemampuan
2. Learn
3. Do it/ Action
4. Ulang langkah 2.

Ulang sampai kita stress lihat duit masuk
ke akaun paypal atau bank akaun kita.
hahahahahha

Monday, December 16, 2013

Mitos Keburukan Soya. Fakta Kebaikan ESP Shaklee

Begitu banyak keburukan soya dihebahkan hinggakan menjadi buah mulut serta mewujudkan anti-soya di kalangan masyarakat. Sejauh mana keburukan soya kepada manusia? Adakah ianya hanya mitos semata-mata?


Mitos 1. Soya mempunyai kandungan tinggi asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral (kalsium, magnesium, zink) semasa pencernaan dalam usus. Bayangkan apa apa akan berlaku jika zat-zat yang anda harapkan. Terbazir begitu sahaja disebabkan tiada penyerapan.

>> Dalam ESP Shaklee, terdapat 50% keperluan kalsium harian. Kenapa ada kalsium? Kerana tambahan sedikit kalsium di dalam ESP boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya dan disebabkan itu ESP Shkaklee selamat diminum berbanding produk soya yang lain.

Mitos 2. Soya mengandungi hemaglutinin - yang menyebabkan sel-sel darah merah terkumpul dan melekat sesama mereka.

>> The soy protein isolates used in numerous Shaklee products are produced by a large American company that specializes in making soy products for the processed food and supplement industries. While this company's process for making soy isolates is proprietary, a general description of the process follows.
High-quality soybeans are first cleaned, cracked, and dehulled to produce soy chips. The soy chips are conditioned and flaked to produce full-fat flakes. The fat is then extracted from the flakes to produce edible defatted flakes. 
Next, the defatted flakes are extracted in water, then screened and clarified to produce defatted soy "milk." The soy milk is precipitated using a food-grade acid to produce a soy "whey" and a soy "curd." The curd fraction is washed and concentrated, then dried to produce the purified isolated soy protein (or soy protein isolate), which is used in a variety of edible products. 
This process isolates the protein content of the soybean from the less desirable parts of the soybean, such as the hull material and fats. Trypsin inhibitors – chemicals that naturally occur in the raw soybean that can affect human digestive enzymes – are largely inactivated by the steaming and heat applied during the processing of soy isolate. Only about 20% of their original activity remains. Similarly, hemagglutinin, a substance found in raw soybeans that can cause red blood cells to clump together, is removed during the processing of the soy curd as described above. Hemagglutinin concentrates in the soaking liquid, not in the curd.

Mitos 3. Mengandungi goitrogen-melemahkan fungsi tiroid (sangat bahaya)

>> Goitrogen pula adalah bahan anti tiroid yang menghalang penghasilan hormon tiroid. Goitrogen memang ada dalam soya tapi kaedah pemprosesan Shaklee memastikan goitrogen dah dipisahkan dari soya. 

>> A number of foods, including raw soy beans, members of the cabbage family, and others, contain pro-goitrogens. These substances stimulate the thyroid gland to enlarge, causing what is known as goiter. While unprocessed soy contains these goitrogenic factors, heat applied during the processing of soy protein isolate results in their removal.

While goitrogens can enhance the effects of iodine inadequacy, iodine deficiency is the primary cause of goiter. In the 1960's, there were some reports of goiter inducing-effects observed in soy-formula fed infants. This was related to the inadequate content of iodine in these formulas, not the soy itself. Today, iodine is routinely added to soy formulas.

Mitos 4. Kebanyakan soya adalah GM (genetically modified)-struktur gen berubah untuk tujuan pertanian (supaya lebih besar dsg) dan mengandungi racun serangga yang tertinggi

>> Soya ESP tak mengalami sebarang Genetically Modified.


Mitos 5. Juga soya mempunyai kandungan tinggi toxin natural dinamakan antinutrient (antizat). Ia adalah penghalang enzim dalam pencernaan protein. Ianya tidak mudah dimusnahkan semasa proses memasak. Hasilnya ialah anda mendapat kembung perut dan kekurangan asid amino-dimana akan menjurus kepada kerosakan pankreas.

Mitos 6. Disebabkan unsur antinutrient, syarikat pengeluar berusaha untuk menyahkannya pada akhir proses, ianya dibawa dalam beberapa siri proses kemikal termasuk membasuhnya dengan asid dalam tangki aluminum.

Shaklee has known how to separate soy with cold water extraction since the early 1950’s. Dr. Shaklee was one of the earliest researchers in soy in the USA. The effects of soy was first measured in birds which showed they changed foliage and matured very young as well as slowing down the thyroid function. 
After this observation they realized there was an anti-tyrosine property in raw soy beans. So Dr. Shaklee had to separate the protein from the raw soy bean and leave behind the enzymes that contained the anti-tyrosine substance. 
Another problem is when you cook soy, in order to de-nature compounds like the anti-thyroid substance, then you begin to rearrange the amino acid substance in soy which then becomes a toxic substance. Two years ago, Vegetarian Times ran an article telling their customers not to eat soy products because they are poison. 
Shaklee has known this for a long time. There is a process called a “Mallard” reaction – whenever you cook a food you de-nature it and make it into something different. That’s why the Chinese would take tofu, which is a water extract of soy curd, and cook it and eat it right away, before there was any time for degradation. There is no word in the Chinese language for hot flashes because they don’t cook things and store them to eat them later, especially soy.
Dr. Shaklee knew that, too. By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.
Dr. Shaklee knew the difference.


Sebelum anda memilih sumber protein soya anda, sila kenal pasti 7 elemen berikut.

Senarai semak Kawalan Kualiti Soya

Jangan beli serbuk soya dan mengharapkan pengeluar akan memberikan keputusan kesihatan yang positif melainkan anda mengetahui bahawa 7 KEPERLUAN kawalan kualiti berikut ditepati oleh pengeluar

7 Senarai Semak Keperluan Kualiti untuk Produk Soya:


  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic - Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic) - Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu - Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol - Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc.. Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan - Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan - Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa? - Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.


UZAR pernah ulas bende ni dalam IKIM masa minggu raya tahun lepas. Katanya makanan yang disebut dalam Al-Quran tu yang jadi amalan nabi adalah makanan yang dekat dengan nabi. Tp tak ada masalah kalau amik supplemen dari sumber yang baik, halal dan dah buat thorough research sebab sebenarnya setiap yang Allah jadikan tu mmg ada kebaikan dan kelebihannya --- ni respon UZAR bila ada orang tanya patut ke beli supplemen luar negara keluaran orang bukan Islam, yang mahal tapi memang bagus dari segi kajian dan hasilnya.



Hubungi saya untuk tawaran istimewa harga untuk anda hari ini!!!   Hani call/msj/wasap  013 7196630 

 

Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi
 PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke
 EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.


” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online,ataupun offline mengikut keselesaan anda.Anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Group di Facebook 


Kesan & Akibat Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di  kalangan  masyarakat  beratus  tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah TarNikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
 Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
Melahirkan bayi yang kurang berat badan 
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian

Saturday, December 14, 2013

Petua jaga baby yang meragam atau menangis

kalau baby menangis, cuba check 4 perkara ini ;

1- Mungkin baby sedang lapar? Kalau lapar, memang baby akan meraung sekuat-kuatnya supaya mak dia tahu dia lapar. So, pandai-pandai la bagi dia susu.
2- Mungkin baby sedang kembung perut (masuk angin)? Ini biasa terjadi pada mana-mana baby. Apabila perutnya kosong, maka angin mudah masuk. Sebab tu lah kita kena pakaikan sarung tangan dan stokin pada baby, supaya angin tak masuk dalam badan dia. So, cuba periksa kot-kot perut dia kembung. Cuba ketuk perut dia, kalau ada bunyi kuat, maknanya perut dia dah masuk angin. So, pandai-pandai la sapu minyak angin pada perut, betis dan tapak kakinya.
3- Mungkin juga baby telah tercedera/luka/berasa sakit pada mana-mana bahagian badannya? So, cuba la check semua bahagian badan, muka , tangan, kaki, mata, telinga atau kemaluannya. Takut-takut mungkin dia telah disengat oleh seranggga atau digigit nyamuk. Kalau tengok ada merah-merah pada kulit baby, so, cuba la gosok-gosok minyak atau ubati dia.
4- Atau mungkin juga baby telah terkena sampuk atau ternampak makhluk halus? Sebab menurut orang tua, baby ni memang ada kebolehan melihat makhluk halus. Lebih-lebih lagi waktu senja. Kalau baby menangis tak henti-henti tu, dan tengok mata baby melilau-lilau memandang ke atas, mungkin dia ternampak ’sesuatu’? So, cuba la baca ayat qursi, surah 3 Qul (Qulhuwallah, Qula’uzubirobbil falaq, Qula’uzubirobbinnas) atau baca mana-mana jampi yang diketahui untuk dihembuskan pada baby. Dengan niat semoga Allah melindungi baby dari gangguan makhluk halus.

Namun, kalau baby tetap juga terus menangis, saya nasihatkan agar bawa la pergi berjumpa mana-mana ustaz yang pandai buat cara rawatan islam untuk menjampi atau mengubatinya.

Sekian, saya rasa itu saja yang dapat saya kongsikan. Harap ada manfaat.

Friday, December 13, 2013

Set kecantikkan kulit

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee

Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak dapatkan set bersalin/berpantang. Tak kira sama ada yang moden berbentuk kapsul, krim dan sebagainya. Terdapat dalam pelbagai jenama sama ada produk moden atau tradisional. Tidak dinafikan ada yang bagus dan ada juga yang merbahaya.

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....


Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan       yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg                seimbang 

  dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.

* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
    penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex

* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
    kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 

   baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
   memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  
  konsisten.

* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....
 
Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Ostematrix
 OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…
  
Hubungi saya untuk tawaran istimewa harga untuk anda hari ini!!!   Hani call/msj/wasap  013 7196630 

 

Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi
 PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke
 EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.



” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online,ataupun offline mengikut keselesaan anda.Anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Group di Facebook 

Wednesday, December 11, 2013

CADANGAN SET KESUBURAN/IKHTIAR DAPAT ZURIAT



ASASNYA, badan kita perlukan 3 vitamin ni untuk tingkatkan tenaga dalaman:
Vitamin Asas
VitaLea
Vitamin C
B-Complex
dan untuk kesuburan, hormon perlu distabilkan terlebih dahulu dengan
mengambil : GLA
kemudian barulah vitamin kesuburan akan bertindak lebih effective:
Vitamin E
Zink  
Penambahan Sumber protein akan memberi lebih kesan dalam tujuan kesuburan:
Meal Shake
ESP
Cara pemakanan supplements akan diterangakn secara detail nanti
keterangan tentang Vitamin Kesuburan
Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
credit to master nini nisrin

Hubungi saya untuk tawaran istimewa harga untuk anda hari ini!!!   Hani call/msj/wasap  013 7196630 

 

Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi
 PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke
 EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.


” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online,ataupun offline mengikut keselesaan anda.Anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Group di Facebook